geografi tingkatan 1 bab 9

Pengenalan

  1. malaysia mempunyai tanah tinggi, pamah,pantai dan sungai yg mempunyai potensi yg baik
  2. bentuk muka bumi ini dapat dimajukan untuk memberi manfaat kepada penduduk.
  3. Kegiatan penduduk juga menghadapi halangan daripada pelbagai bentuk muka bumi tersebut.

potensi kawasan tanah tinggi

1. Sungai yang beraliran deras di bahagian hulunya sesuai digunakan untuk menjana kuasa hidroelektrik

2. Sepanjang bahagian hulu Sungai Perak dibina empangan untuk menjana kuasa hidroelektrik.

3. Malaysia mempunyai banyak sungai lain yang mempunyai potensi untuk menjana kuasa hidroelektrik.

4. Kawasan tanah tinggi sesuai ditanami dengan teh dan tanaman hawa sederhana

5. Gua batu kapur dengan ciri fizikal istimewa seperti stalakit dan stalagmit menarik ramai pelancong.

6. Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1 200 meter diliputi hutan hujan tropika

Potensi Kawasan Tanah Pamah

1. Kawasan tanah pamah dan dataran dengan tanih aluvium yang subur menggalakkkan penanaman padi. Contohnya di:

(a) Dataran Kedah-Perlis
(b) Dataran Kelantan
(c) Dataran Tanjung Karang
(d) sekitar Papar dan Tuaran
(e) Delta Rajang

2. Kawasan kaki bukit dan dataran yang beralun dan bersaliran baik menggalakkan penanaman getah dan kelapa sawit seperti di:
(a)sekitar daerah Labis, Kulai dan Kluang;
(b) daerah Teluk Intan; serta
(c) kawasan Tiga Segi Jengka.

3. Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan petempatan, penduduk dan bandar utama kerana
(a) rata dan rendah;
(b) kegiatan ekonomi pesat; serta
(c) jalinan pengangkutan baik.
4. Kawasan tanah pamah merupakan kawasan perlombongan kerana kaya dengan mineral. Contohnya:
(a) bijih timah di Lembah Kinta;
(b) bauksit di Teluk Ramunia;
(c) bijih besi di Kemaman;
(d) arang batu di Merit-Pilu dan Bintulu

5. Kebanyakan kawasan perindustrian tertumpu di kawasan tanah pamah. Antaranya termasuk:
(a) Perai;
(b) Lembah Klang;
(c) Bintulu;
(d) Likas dan Kepayan

6. Kemudahan pengangkutan seperti jalan raya dan jalan kereta api tertumpu di kawasan tanah pamah kerana:
(a) mudah dibina; dan
(b) kos pembinaan lebih rendah.

7. Kepelbagaian kegiatan ekonomi di kawasan tanah pamah membantu negara dalam:
(a) mempelbagaikan ekonomi;
(b) menambahkan eksport;
(c) mewujudkan peluang pekerjaan; dan
(d) menambahkan pendapatan negara.

Potensi Kawasan Pinggir Laut

1. Pusat perikanan
(a) Kawasan pantai yang panjang menggalakkan sektor perikanan.
(b) Kawasan yang panjang dan berteluk sesuai dijadikan kawasan
pembiakan ikan, perkampungan nelayan, dan pelabuhan perikanan.
(c) Kawasan pantai mempunyai banyak pusat perikanan
Contohnya di Mersing, Batu Maung, Kudat, Mukah, Oya, Pulau Ketam dan Pulau Paangkor.

2. Pusat pelancongan
(a) Kawasan pantainya yang berpasir dan indah menggalakkan pelancongan.
(b) Pemandangan pulau yang indah dan menghijau.
(c) Air lautnya bersih dan kaya dengan terumbu karang serta hidupan laut yang unik lagi menarik. Contohnya di Pantai Cahaya Bulan, Pantai Teluk Cempedak, Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pantai Morib.

3. Tapak pelabuhan
(a) Kawasan pantai yang berteluk sesuai dijadikan tapak pelabuhan kerana terlindung dan airnya dalam. Contohnya di pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Kuantan.

4. Sumber kayu bakau
(a) Kawasan paya air masin di kawasan pinggir laut merupakan sumber kayu bakau. Contohnya disekitar muara Sungai Perak, Sungai Bernam, Sungai Rajang dan Sungai Baram serta sekitar Sandakan.

Potensi Sungai Di Malaysia

1. Tapak tamadun dan pusat perdagangan awal.
(a) Lembah dan muara sungai menjadi tapak tamadun dan pusat perdagangan awal. Contohnya Kuala Sungai Muda di Kedah muara Sungai Melaka dan lembah Sungai Kinta di Perak.

2. Sempadan antarabangsa
(a) Sungai menjadi sempadan semula jadi antarabangsa. Contohnya Sungai Golok di kelantan memisahkan Malaysia dengan Thailand dan Sungai Padaruan memisahkan Sarawak dengan Brunei Darussalam.

3. Sempadan negeri
(a) Sungai menjadi sempadan semula jadi negeri, Contohnya Sungai Bernam memisahkan Selangor dengan Perak, Sungai Muda memisahkan Kedah dengan Pulau Pinang dan Sungai Endau memisahkan Johor dengan Pahang.

4. Bekalan air dan pengaliran
(a) Empangan dibina di peringkat hulu sungai untuk membekalkan air untuk kegunaan harian dan pengairan. Contohnya Projek Pengairan Muda (Dataran Kedah) dan Projek Pengairan Kemubu (Dataran Kelantan)

5. Penjanaan kuasa hidroelektrik
(a) Empangan juga dibina di hulu sungai untuk menjana kuasa hidroelektrik. Contohnya Empangan Chendroh dan Empangan Temenggor di Sungai Perak, Empangan Kenyir di Sungai Terengganu, Empangan Batang Ai di Sungai Lupar dan Empangan Tenom Pangi di Sungai Padas.

6. Pembentukan dataran aluvium
(a) Sungai membentuk dataran aluvium di peringkat hilir untuk penanaman padi. Contohnya Dataran Kedah (Sungai Kedah), Dataran Kelantan (Sungai Kelantan) dan Delta Rajang (Sungai Rajang)

7. Jalan pengangkutan
(a) Sungai penting untuk pengangkutan di kawasan pedalaman terutamanya di Sarawak dan Sabah. Contohnya Sungai Rajang, dapat dimudiki kapal dari muaranya hingga ke Kapit. Sungai Kinabatangan (Sabah) digunakan untuk menghanyutkan kayu balak ke kilang dan pelabuhan di Sandakan.

8. Pusat pelancongan dan rekreasi
(a) Air terjun di hulu sungai dan tasik boleh dijadikan tempat rekreasi, pelancongan atau perkelahan.
Contohnya Air Terjun Kota Tinggi (Johor) Air Terjun Sekayu (Terengganu), Tasik Bera, Tasik Chini dan Tasik Kenyir.

9. Sumber ikan air tawar
(a) Sungai utama dan tasik merupakan sumber ikan air tawar seperti ikan talapia, ikan jelawat, udang dan ketam.
Contohnya Sungai Juru, Sungai Endau, Tasik Bera, Tasik Chini dan Tasik Kenyir.

10. Longgokan bijih timah
(a) Terdapat longgokan bijih timah di lembah sungai. Contohnya Sungai Kinta yang kaya dengan bijih timah.

Perbandingan Pentingnya Pelbagai Bentuk Muka Bumi di Malaysia dan di Negara Lain.

Negara Switzerland

1. Switzerland merupakan sebuah negara yang bergunung-gunung dan terletak di benua Eropah.

2. Di bahagian barat lautnya terdapat Pergunungan Jura dan di bahagian selatan dan timur pula terdapat Banjaran Alps.

3. Banjaran Alps adalah gunung lipat muda yang tinggi.

4. Negara ini mempunyai gunung-gunung dan tasik-tasik yang sangat indah.

5. Switzerland memajukan kawasan tanah tinggi sebagai kawasan pelancongan kerana mempunyai potensi yang baik.

6. Kegiatan utama negara Switzerland ialah pelancongan. Kegiatan ini banyak menyediakan peluang pekerjaan bagi pendudukan tempatan.

7. Pemandangan gunung-ganang dengan kemuncak yang bersalji, tasik-tasik,
ciri fizikal yang telah dihakis oleh glasier (ais) menjadi tarikan pelancong.

8. Tanah tinggi di Malaysia dengan suhu yang nyaman juga dijadikan pusat-pusat peranginan yang menarik.

9. Pusat-pusat peranginan di Switzerland seperti juga di Malaysia dikunjungi pelancong tempatan dan luar negara sepanjang tahun.

10. Switzerland menerima ramai pelancong dari Jerman, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Perancis.
11. Suhu musim panas yang sederhana panas 14oC di Switzerland, menarik ramai pelancong terutamanya untuk mendaki gunung.

12. Gunung Matterhorn sering dikunjungi pendaki

13. Pada musim ini, kawasan di luar bandar Interlaken yang terletak
di antara Tasik Brienz dengan Tasik Thun di Pergunungan Alps menjadi tapak perkhemahan

14. Tasik Brienz dan Tasik Thun mempunyai kemudahan berperahu

15. Mata air panas yang mempunyai nilai perubatan menarik pelancongan di pusat peranginan kesihatab di St. Moritz.

16. Pelancong dapat menikmati pemandangan gunung bersalji dan ladang anggur di Lembah Thine.

17. Di Malaysia, ramai pelancong melawat kawasan penanaman teh, bunga, dan sayur-sayuran di Tanah Tinggi Cameron.

18. Air Terjun seperti Staubbach Falls di Switzerland dan Air Terjun Parit di Tanah Tinggi Cameron juga menarik ramai pelancong.

19. Suhu musim sejuk adalah di antara 0oC hingga 5oC menarik pelancong ke pusat meluncur salji di kawasan pergunungan seperti di
Gstaad dan Zermatt.

20. Kereta kabel dan landasan kereta api membawa pelancong ke pusat-pusat meluncur salji untuk bermain ski seperti di Gunung Titlis.

21. Gunung Titlis diliputi salji sepanjang tahun.

22. Tanah Tinggi Genting juga mempunyai kemudahan kereta kabel bagi pelancongan.

Kajian Kes di Pulau Jawa – Pentingnya Cerun Bukit untuk Pertanian

1. Pertanian adalah kegiatan ekonomi yang penting di Malaysia dan di Indonesia.

2. Di Pulau Jawa, pertanian dijalankan di tanah pamah dan cerun bukit.

3. Pertanian dijalankan di cerun bukit kerana penduduk di Pulau Jawa sangat padat.

4. Kawasan tanah pamah menjadi tumpuan penduduk dan banyak digunakan untuk pembinaan petempatan, pertanian dan kegiatan lain.

5. Kekurangan tanah pamah memaksa petani-petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun bukit.

6. Letusan gunung berapi meninggalkan lapisan tanih jenis lava bes di cerun-cerun bukit di Pulau Jawa.

7. Pulau ini mempunyai satu siri gunung berapi yang terbentang dari timur ke barat yang mempunyai gunung berapi hidup seperti Gunung Semeru dan Gunung Merapi.

8. Lava bes daripada gunung berapi menyuburkan tanah dan cerun teres dibina.

9. cerun-cerun dipotong untuk membentuk rangkaian teres untuk penanaman padi sawah.

10. Di tepi teres terdapat dinding luar untuk menahan air untuk memperlahankan aliran air hujan di lereng bukit tersebut.

11. Penanaman di teres-teres cerun bukit dapat mengatasi masalah hakisan tanah.

12. Penanaman padi di teres cerun bukit banyak dijalankan di kawasan ke selatan Surabaya.

13. Di Malaysia, kebanyakkan pertanian dijalankan di tanah pamah kerana negara kita tidak mengalami kekurangan pertanian di tanah rendah.

14. Terdapat pertanian yang dijalankan di cerun bukit yang ditereskan juga seperti di Tanah Tinggi Cameron yang ditanami teh dan sayur-sayuran.

15. Tanah di cerun bukit Malaysia bukanlah terdiri daripada tanih lava bes yang subur.

16. Pokok kelapa sawit dan getah ditanam di teres-teres bukit. Pokok-pokok ini juga dapat menghalang hakisan air di cerun-cerun bukit.

Kajian Kes di Thailand – Pentingnya Sungai untuk Pengangkutan

1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan utama di Thailand.

2. Jenis pengangkutan ini penting kerana pengangkutan darat adalah terhad dan kebanyakkan penduduk tinggal berhampiran dengan sungai.

3. Sungai utama ialah Menam Chao Phraya yang merupakan jalan air yang paling penting.

4. Sungai ini dimudiki oleh kapal-kapal sederhana besar sejauh 402 km pada musim lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering.

5. Menam Chao Phraya dan cawangan -cawangannya, iaitu Me Ping, Me Wang, Me Yom dan Me Nam menghubungkan kawasan pedalaman di utara dengan bandar utama, iaitu Bangkok di muara sungai.

6. Menam Chao Phraya dan cawangan -cawangannya, merupakan jalan pengangkutan yang murah dan mudah digunakan.

7. Sungai ini digunakan untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal.

8. Kayu jati dari Pergunungan Utara dihanyutkan melalui cawangan-cawangan Menam Chao Phraya ke Nakhon Sawan.

9. Dari sini kayu jati masuk ke Menam Chao Phraya dan dibawa ke kilang di Bangkok untuk diproses dan dieksport.

10. Nam mun dan Nam Chi di Dataran Tinggi Korat digunakan untuk pengangkutan.

11. Sungai-sungai ini mengalir ke timur sebelum bercantum dengan Sungai Mekong di Kampuchea

12. Di Semenanjung Malaysia, pengangkutan sungai kurang penting

13. Pengangkutan sungai masih penting di sabah dan Sarawak kerana masih kekurangan pengangkutan darat.

14. Di Sarawak, sungai-sungai utama seperti Sungai Rajang dan Sungai Baram merupakan jalan pengangkutan yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan bandar-bandar utama di dataran pantai.

15. Di Sabah, Sungai Kinabatangan memainkan peranan yang sama penting dengan Sungai Rajang dan Menam Chao Phraya.

16. Sungai-sungai di Sabah dan Sarawak digunakan untuk pengangkutan penumpang, barangan pukal seperti kayu balak dan padi ke bandar utama di muara sungai.

17. Sungai Rajang digunakan untuk mengangkut arang batu dan batu kelikir ke bandar Sibu dan Sarikei.

Kajian Kes di Tonle Sap, Kampuchea- Pentingnya Tasik untuk Perikanan

1. Tonle Sap yang juga dikenal sebagai Tasik Besar terletak di bahagian barat negara Kampuchea.

2. Tasik ini adalah tasik air tawar semula jadi yang terbesar di rantau Asia Tenggara

3. Tasik ini menjadi empangan semula jadi untuk Sunagi Mekong.

4. Sungai Tonle Sap menghubungkan Sungaii Mekong ke tasik ini.

5. Tonle Sap yang penting untuk perikanan menghasilkan lebih separuh daripada jumlah ikan yang ditangkap di Kampuchea.

6. Penangkapan ikan di tasik-tasik di Malaysia tidak begitu penting berbanding dengan Tonle Sap kerana saiz tasik-tasik di Malaysia tidak begitu besar. Contohnya, saiz Tasik Bera ialah 61.5 km2, Tasik Chini 10 kn2 dan Loagan Bunut (Tasik Bunut) 9 km2.

7. Kira-kira 68 tan ikan ditangkap di Tasik Kenyir setiap tahun dijual oleh petani yang menangkap ikan sebagai kerja sambilan.

8. Isipadu air Tonle Sap berubah mengikut musim. Pada musim hujan, antara bulan Jun hingga November, saiznya menjadi kira-kira 4 700 km2

9. Kawasan hutan berhampiran tasik ini akan dibanjiri. Tasik ini akan mencapai 10 hingga 15 meter dalam dan ikan akan membiak.

10. Pada musim kering, tasik ini akan menjadi kecil, iaitu kira-kira 1 600 km2 dan cetek, iaitu 1 hingga 3 meter sahaja dalamnya. Pada ketika inilah aktiviti menangkap ikan dijalankan di tasik ini.

11. Kawasan tasik yang kering ditanam dengan padi.

12. Jumlah ikan akan bertambah dengan banyaknya selepas musim hujan.

13. Kebanyakkan penduduk yang menangkap ikan adalah petani. Seperti di Thailand penangkapan ikan juga adalah kerja sambilan bagi petani untuk menambahkan pendapatan di Malaysia.

14. Di Malaysia, terdapat juga tasik yang berubah saiz mengikut musim.
15. Loagan Bunut di Sarawak dengan ukuran diameter 1.6 km2
pada musim hujan menjadi sebuah dataran lumpur yang rata pada musim kering.

16. Selain untuk perikanan, tasik di Malaysia penting sebagai tempat pelancongan seperti Tasik Chini dan Tasik kenyir.

17. Tasik di Empangan Pedu dan Empangan Muda membekalkan air untuk mengairi kawasan sawah padi.

Bentuk Muka Bumi sebagai Halangan Terhadap Kegiatan Manusia.

1. Bentuk muka bumi seperti kawasan tanah tinggi dan sungai menjadi penghalang kepada kegiatan manusia.
(a) Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi.
i- Kawasan tanah tinggi yang bercerun curam sukar untuk dibina petempatan.
ii- Kebanyakkan petempatan di Malaysia dibina di kawasan tanah yang rendah atau yang
telah diratakan.
iii- Pembinaan petempatan di kawasan tanah tinggi dan kawasan kaki bukit melibatkan
kerja-kerja pembinaan yang sukar dijalankan.
Contohnya, di kawasan Bukit Fraser dan Tanah Tinggi Cameron.
iv- Di kawasan-kawasan tersebut terdapat cerun-cerunnya yang terlalu curam untuk dibanggunkan.
v- Penebangan pokok di cerun bukit bagi pembinaan akan mendedahkan permukaan bumi kepada hakisan.
vi- Gelongsoran tanah juga mudah berlaku di kawasan tersebut, terutamanya pada musim hujan.
vii- Sebelum pembinaan dijalankan di cerun suram, kawasan tersebut perludirendahkan dandiratakan untuk memudahkan pembinaan.
viii- Cerun bukit yang sukar direndahkan dapat dipotong menjadi teres yang lebar untuk mengurangkan kadar kecerunan curam.
ix- Asas yang kukuh perlu dibina untuk memastikan rumah tidak runtuh. Contohnya membina tiang konkrit yang kukuh.
x- Kajian yang teliti dan teknologi moden digunakan untuk membina kondominium atas bukit untuk memastikan bangunan selamat diduduki. Ini akan melibatkan kos pembinaan yang tinggi.

(b) Sungai penghalang terhadap pembinaan pengangkutan
i- Sungai yang beraliran deras di bahagian hulunya menyukarkan perjalanan dan berbahaya untuk dijadikan sistem pengangkutan.
ii- Di bahagian jeram sungai, hanya kano, bot kecil dan rakit dapat digunakan.
iii- Kemahiran dan pengalaman diperlukan untuk mengayuh bot yang kecil melalui bahagian jeram.
iv- Keadaan ini dihadapi di petempatan di Long Panai, Long Terawan dan Long Pala yang terletak di sepanjang Sungai Tutoh dan Sungai Melinau yang merupakan cawangan Sungai Baram.
v- Sebahagian sungai-sungai ini mempunyai jeram yang beraliran deras dan berbahaya. Untuk sampai ke pedalaman ini dengan melalui sungai akan memakan masa beberapa hari.

sumber : http://www.scorea.com/eng/examhall/enotes/AF10077.html

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: